Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh serta tetamu jemputan lain ketika menyambut kehadiran peserta konvoi di Dewan Suarah Sarikei. Foto: TVS

Konvoi Kembara Merdeka disambut meriah di Sarikei

SARIKEI, 25 Jun: Rombongan konvoi Kembara Sarawak Merdeka disambut meriah sebaik sahaja tiba di bandar ini, selepas menamatkan siri jelajah mereka di Kapit dan Julau, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dan Residen Sarikei, Micheal Ronnie Langgong.

Konvoi Tetap Kembara Sarawak Merdeka merupakan Konvoi Bahagian yang disertai 30 buah motosikal dan 60 basikal daripada kelab motosikal dan basikal Bahagian Sarikei.

Selain itu, kenderaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutuan, agensi swasta, persatuan permotoran dan orang awam turut serta memeriahkan lagi acara.

Daripada Konvoi Tetap terdapat sebuah kenderaan jenis motorhome dan bas bagi tujuan memperkenalkan konsep pelancongan tempatan apabila siap sepenuhnya projek Lebuhraya Pan Borneo kelak.

Sehubungan itu, Len Talif yang juga ADUN Kuala Rajang berkata, rombongan konvoi menjelajah setiap daerah iaitu di Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan.

“Selain itu mereka juga berpeluang melawat tempat menarik dan merasai keunikan yang terdapat di Bahagian Sarikei. Selaku tuan rumah, kita ingin mengucapkan selamat datang dan semoga selamat tiba ke destinasi seterusnya selepas ini,” katanya.

Konvoi itu menjelajah ke seluruh 12 bahagian dan 60 daerah di Sarawak bermula di Lawas, Limbang hingga ke Padang Merdeka, Kuching.

Pelepasan rombongan itu disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari di Lawas pada 28 lalu dan dijangka tiba di Kuching pada 22 Julai depan.

Mereka melalui jarak perjalanan sejauh 3,153 kilometer dan mengambil masa selama 56 hari selain disertai kira-kira 2,262 peserta seluruh Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan