Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak selesai mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia untuk meneliti pembukaan laluan penerbangan baharu membabitkan Jakarta dengan negeri ini. Foto: Garuda Indonesia

Kerajaan Sarawak bincang dengan Garuda Indonesia lancar penerbangan Jakarta – Kuching

ByNazirah Adlina

KUCHING, 24 Jun: Kerajaan Sarawak selesai mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia untuk meneliti pembukaan laluan penerbangan baharu membabitkan Jakarta dengan negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, melalui perbincangan itu, Sarawak berharap untuk memperluaskan lagi aspek ketersambungan negeri.

Penerbangan terus Jakarta-Kuching wujudkan peluang perniagaan

Menyentuh mengenai penerbangan baharu negeri, beliau berkata, ia hanya akan mula beroperasi di negara rantau sahaja.

“Penerbangan itu hanya akan melakukan penerbangan di negara serantau sahaja pada permulaannya. Saya harap ia boleh membuat penerbangan jauh tetapi buat masa sekarang hanya di Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023, di Kampung Budaya Sarawak, di sini, hari ini.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023, di Kampung Budaya Sarawak, Kuching. Foto TVS

Dalam pada itu beliau mengakui kawal selia dalm pengurusan penerbangan di Malaysia tidak memberi kelebihan yang positif kepada Sarawak.

“Ia mempunyai dasar perlindungan yang memastikan semua penerbangan mesti membuat perhentian di Kuala Lumpur. Mereka tidak boleh membawa penumpang terus ke Kuching. Mereka menerima penerbangan luar tetapi perlu berhenti di Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Kuching atau mana-mana kawasan lain di Sarawak,” jelas beliau.

Penerbangan terus Jakarta-Kuching wujudkan peluang perniagaan

Abdul Karim menambah pihaknya kini berusaha untuk mengubah pemikiran tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Persekutuan secara prinsipnya bersetuju dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan syarikat penerbangannya sendiri dan perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan