Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah (3, kiri) dan Martin Ben (2, kiri) melakukan ‘toast Gawai’ bersama pengunjung yang hadir. Foto: TVS

Kekalkan tradisi asli sambut perayaan Gawai-Roland Sagah

SERIAN, 25 Jun: Masyarakat Bidayuh diingatkan supaya mengekalkan tradisi asli dalam menyambut perayaan Gawai, demikian menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee In.

Ini kerana menurut Roland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, setiap perayaan Gawai di kalangan masyarakat Bidayuh wajib mengandungi nilai budaya dan tradisi yang asli termasuk unsur dan peraturan ritual.

Menurutnya, ia bagi memastikan perayaan Gawai itu mempunyai makna dan mengikuti kehendak dan semangat padi sekali gus memastikan agar roh nenek moyang diingati dan diberi penghormatan.

“Masyarakat Bidayuh melalui Persatuan Dayak Bidayuh (DBNA) sejak ia ditubuhkan masih mengekalkan tradisi Gawai yang diraikan dalam amalan budaya dan tradisi yang diwarisi sejak dari zaman nenek moyang kita lagi.

“Saya ingin mengingatkan semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum untuk mengekalkan tradisi Gawai yang asli atau autentik dan tidak sewenang-wenang melakukan perubahan mengikut interpretasi sendiri,” katanya.

Datuk Roland Sagah Wee In berkata demikian dalam ucapan sambutan Perayaan Gawai Nyisaan Bunoos yang berlangsung di Pusat Persidangan Serian malam tadi.

Antara yang turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Martin Ben, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik dan Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik.

Dalam ucapan sama Datuk Roland Sagah mengingatkan hadirin mengenai harapan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar perbezaan kaum, agama dan budaya di Sarawak dijadikan kekuatan perpaduan sesuai dengan semangat Segulai Sejalai.

“Kepelbagaian kaum dan agama di Sarawak menjadi kekuatan dan perpaduan kita untuk membina Sarawak agar terus maju, makmur dan harmoni,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan