Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media selepas menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.Foto Bernama.

DUN Kedah dibubar Rabu ini – Menteri Besar

ByBernama

ALOR SETAR, 25 Jun: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi penggal ke-14 akan dibubarkan pada Rabu ini (28 Jun) bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika mengumumkan perkara itu berkata berkata penetapan tarikh dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini

“Hari ini saya ingin memaklumkan bahawa saya telah diterima mengadap Tuanku Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah untuk memohon perkenan bagi pembubaran DUN Kedah yang ke-14.

“Tuanku telahpun memberi perkenan untuk DUN Kedah yang ke-14 ini dibubarkan pada 28 Jun 2023,” katanya pada sidang media selepas selesai menghadap Sultan Sallehuddin di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata sehubungan itu, bermula pada tarikh berkenaan pentadbiran Kerajaan Negeri akan dijalankan oleh kerajaan interim ataupun Caretaker Government, dengan segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga Kerajaan Negeri yang baharu dibentuk selepas PRN yang akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan