Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 141 bakal jemaah haji dari Sarawak bagi Musim Haji 1444 Hijrah/ 2023 akan berlepas ke Tanah Suci malam ini. Foto: Mohammad Raffiq (TVS)

Arab Saudi sediakan lebih 2.2 juta botol air zamzam untuk musim haji 2023

MAKKAH, 25 Jun: Arab Saudi bersedia menyediakan lebih 2.2 juta botol air zamzam pada musim haji tahun ini, seiring dengan peningkatan permintaan.

Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Syeikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menggesa agar kapasiti pengeluaran maksimum air zamzam yang dilaksanakan di bawah Projek Zamzam Raja Abdullah bin Abdulaziz digandakan bagi mencapai 200,000 botol sehari, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Dr Al-Sudais berkata, perkhidmatan itu bertujuan menyediakan air zamzam kepada jemaah haji dengan cara mudah dan efisien, menggunakan mekanisme automatik terkini merentasi peringkat penulenan air dari telaga sehingga sampai ke kilang.

Air kemudiannya dibotolkan secara automatik tanpa campur tangan manusia bagi memelihara kualiti air zamzam kepada jemaah haji. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan