Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika diminta mengulas berhubung berita palsu mengenai status kesihatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

SKMM perlu serius kuat kuasa undang-undang tangani berita palsu – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 24 Jun: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu serius dalam menguatkuasakan undang-undang bagi menangani kandungan yang dianggap sebagai berita palsu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perlu ada langkah proaktif, tidak semua perkara diberikan kebebasan dan mesti mempunyai langkah untuk melaksanakan undang-undang sedemikian.

“SKMM perlu tegas, bukan untuk mengawal kebebasan isu semasa tetapi ia mesti mematuhi beberapa peraturan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menerima cenderahati disampaikan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan sempena Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS) 

“Sebagai contoh kita menjaga anak kita, jika kita beri seratus peratus kebebasan terhadap anak kita, dia besar kepala… jadi dalam hal ini perlu ada pendekatan untuk lebih berdisiplin,” katanya.

Abang Johari berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung berita palsu mengenai status kesihatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud .

Tambahnya lagi, langkah pihak Astana Negeri membuat laporan polis berhubung perkara itu bertepatan dengan tugas mereka.

Terdahulu, Premier Sarawak meluangkan masa bagi memenuhi jemputan Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum serta kepimpinan lain PRS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan