Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Esekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili merasmikan Malam Anugerah Kecemerlangan HES Sarawak Energy. Foto: TVS

Sarawak Energy tidak berkrompomi jika kontraktor tidak patuh dasar HSE

KUCHING, 24 Jun: Sarawak Energy tidak akan bertoleransi dengan mana-mana kontraktor di bawah syarikat itu yang tidak mematuhi dasar berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Kualiti Alam Sekitar (HSE)

Ketua Pegawai Esekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili berkata, dengan memastikan kepatuhan tersebut ia dapat mengurangkan perintah pemberhentian kerja tapak yang seterusnya mengakibatkan kelewatan pelaksanaan projek .

Katanya, Sarawak Energy sentiasa bekerjasama dengan kontraktor-kontraktornya bagi memastikan setiap projek dan operasi tapak yang dilaksanakan mematuhi dasar-dasar terbabit.

“Sarawak Energy telah mengambil tindakan punitif dengan memecat Kontraktor Pengurus Projek awal tahun ini dan mengenakan tindakan penolakan bayaran kepada kontraktor terlibat dan kita amat berharap tidak akan melakukan perkara tersebut sekali lagi.

“Perlu diambil perhatian juga bahawa Sarawak Energy baru-baru ini telah mengemaskini dan akan mengenakan kuantum penalti lebih tinggi terhadap kontraktor yang tidak mencerminkan kesungguhan Sarawak Energy terhadap kepatuhan terhadap HSE,” katanya ketika berucap pada Malam Anugerah Kecemerlangan HES Sarawak Energy.

Tambah Sharbini, tahun lalu Sarawak Energy turut melancarkan Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimen (ESCP) sebagai sokongan terhadap amalan terbaik alam sekitar di tapak-tapak projeknya.

Katanya, pelan tersebut menyediakan mekanisme panduan kawal selia kendiri untuk membimbing kontraktor-kontraktor SEB berkaitan aspek reka bentuk dan pengiraan teknikal dalam penilaian dalaman ESCP.

“Dokumen ini akan memastikan pasukan projek dan kontraktor kita mempunyai prosedur berstruktur tersedia untuk pengurusan alam sekitar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan