Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghadiri Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023, di Kampung Budaya Sarawak hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

RWMF 2023 tarik kehadiran 20,000 pengunjung – Abdul Karim

ByNazirah Adlina

KUCHING, 24 Jun: Festival muzik terbesar Malaysia, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 berjaya menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung  dari dalam dan luar negara melibatkan lebih 328 buah negara pada tahun ini

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pada permulaan penganjurannya pada tahun 1997, hanya 300 sahaja pengunjung ke RWMF, namun selepas 26 tahun angkanya semakin meningkat.

“RWMF lebih meriah di hari kedua berbanding hari pertama semalam. Kejayaan penganjuran festival muzik terbesar Malaysia ini tidak hanya diukur dengan angka kehadiran pengunjung sahaja.

RWMF: ‘Saya mahu datang lagi lain kali’ – Pengunjung United Kingdom

“Kita ingin memastikan apa yang kami perjuangkan menepati syarat antarabangsa terutama sekali berkaitan alam sekitar. Selain itu kami juga mahu membantu orang ramai terhibur dengan muzik etnik dan datang semula (ke RWMF) tahun depan,” katanya ketika sidang media RWMF 2023, di Kampung Budaya Sarawak, di sini, hari ini.

Abdul Karim menambah selain mempromosikan kepelbagaian muzik etnik, penganjuran RWMF turut mempromosi makanan serta hasil kraf tangan tempatan.

“Tadi saya melawat beberapa reruai di sini, mereka semua memberitahu mereka gembira. Jadi dalam erti kata lain, kita juga membantu komuniti kerana kebanyakan reruai ini diusahakan golongan belia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan