Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Foto Bernama.

Pemimpin dan ahli DAP perlu jaga mulut – Anthony Loke

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 24 Jun: Ucapan oleh ahli DAP yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, teguran berkenaan diberikan dengan merujuk laporan media yang memetik ucapan Tony Pua dalam satu majlis dianjurkan DAP Petaling Jaya.

Loke berkata, ahli DAP perlu memahami bahawa kepimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.

Abdul Karim ‘sekolahkan’ DAP Sarawak kritik projek tiang bendera ikonik

“Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti masa kini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tony yang juga bekas Setiausaha Publisiti DAP, ketika berucap pada majlis itu semalam menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.

Sehubungan itu beliau berharap agar PH akan dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kenyataan itu mendapat reaksi Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil yang meminta Tony mencadangkan kepada pemimpin DAP supaya ‘meninggalkan’ UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya parti itu korup seperti didakwanya.

Sementara itu, Loke berkata, teguran yang diberikan itu demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.

“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka tidak dialu-alukan untuk berucap di pentas DAP,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan