Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melakukan lawatan kerja di Pusat Beli-belah Vivacity di Kuching, hari ini. Foto: UKAS

ART bakal ubah Tabuan jadi kawasan metropolitan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 24 Jun: Kawasan Tabuan dan sekitarnya akan menjadi kawasan metropolitan bagi Bandaraya Kuching sejajar dengan pembangunan pesat yang sedang berlaku, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, usaha untuk membangunkan kawasan itu akan lebih mudah dilaksanakan apabila ia bakal dihubungkan dengan  perkhidmatan Transit Aliran Autonomi (ART) yang akan melalui kawasan berkenaan.

“Dari sudut perancangan untuk pembangunan Bandaraya Kuching, kawasan ini akan menjadi penempatan satelit dengan pembangunan yang begitu pesat.

“Ini kerana ia terletak di antara Bandaraya Kuching dan Samarahan, dan Kerajaan Sarawak membina laluan serta stesen ART.

“Langkah ini untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya dengan masyarakat mempunyai pilihan menggunakan pengangkutan awam,” katanya ketika sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Pusat Beli-Belah Vivacity di sini, hari ini.

Selain itu, Abang Johari turut memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah proaktif dengan menaik taraf Sungai Tabuan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan yang mempunyai nilai hartanah tinggi di Bandaraya Kuching itu.

“Sungai Tabuan ini kita naik taraf kerana kita tidak mahu berlakunya kejadian banjir kerana kita tahu nilai kawasan perumahan di sini adalah tinggi.

“Kita mahu jadikan Kuching dan Samarahan bersepadu menjelang 2030,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan