Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Bernama

Alat pemadam api meletup, seorang pelajar maut di Bangkok

ByBernama

BANGKOK, 24 Jun: Seorang pelajar maut manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi cedera apabila alat pemadam api meletup ketika sesi latihan kebakaran di sebuah sekolah menengah di Bangkok, Jumaat.

Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana Thailand (DDPM) memaklumkan alat pemadam api meletup semasa latihan kebakaran di pekarangan Sekolah Rajavinit Mathayom di Daerah Dusit pada 11.22 pagi (waktu tempatan).

“Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca letupan,” katanya.

Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt yang melawat tempat kejadian berkata 21 pelajar mengalami kecederaan ringan manakala sembilan lagi pelajar dikejarkan ke dua hospital untuk menerima rawatan.

Semua pelajar dilaporkan dalam keadaan stabil.

Media tempatan melaporkan mangsa yang maut merupakan pelajar Grade 12.

Siasatan awal mendapati suhu tinggi mungkin menyebabkan alat pemadam api itu meletup ketika anggota bomba sedang menunjukkan cara-cara penggunaan alat pemadam api.

Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan Pol Lt Jen Thiti Saengsawang berkata, pihak polis mengaitkan tiga individu dengan kecuaian ketika latihan dijalankan.

“Lebih banyak pertuduhan menyusul selepas penyiasat selesai menyoal peserta lain,” katanya dipetik oleh Bangkok Post. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan