Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daisy Jing dan Jeffery Tong, penjual roti ban yang mengekalkan harga meskipun berhadapan kenaikan harga bahan mentah. Foto: Yazid Ibrahim (TVS).

Untung sikit tak apa, penjual roti ban di Kapit kekal harga walaupun kos bahan mentah naik

ByYazid Ibrahim

KAPIT, 23 Jun: Sepasang suami isteri, Daisy Jing dan Jeffery Tong, yang membuka perniagaan menjual roti ban di bandar ini masih mengekalkan harga produk mereka pada harga RM1.50 hingga RM2.50.

Daisy Jing berkata dia tidak bercadang untuk menaikkan harga roti ban walaupun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah.

“Saya antara peniaga yang masih menjual dengan harga yang murah walaupun harga barang sudah banyak naik.

“Saya buat harga murah kerana saya tahu itu kemampuan penduduk di Kapit ini,” katanya.

Katanya, walaupun menjual dengan harga yang murah, ia tidak menjadi masalah kerana masih mendapat keuntungan walaupun tidak banyak.

Ditanya mengenai keistimewaan roti ban yang dijualnya, kesemua bahan-bahan untuk membuat inti seratus peratus dibuatnya sendiri.

“Saya gunakan seratus peratus inti yang dibuat saya sendiri, tidak guna inti yang segera dari kedai.

“Antara inti ban yang saya buat sendiri seperti sambal tuna, perisa mentega, coklat, kari ayam, perisa cendawan, kelapa dan kekacang,” katanya.

Wanita berusia lebih 60 tahun ini juga berkongsi roti ban yang dijualnya tidak semanis roti ban di kedai lain.

“Lagipun saya mahu pembeli-pembeli saya semua sihat dan tidak lebih dalam pengambilan gula,” katanya.

Sementara itu, Daisy Jing memberitahu, lebih daripada 10 menu roti yang dibuatnya antara paling digemari oleh pelanggannya ialah menu roti CBR dan Peanut Butter.

Bagi pengeluaran roti sehari, Daisy memberitahu ia bergantung kepada sambutan pelanggan.

“Untuk pengeluaran roti bun sehari ia bergantung kepada sambutan pelanggan, saya tidak tetapkan berapa biji dan kilogram.

“Saya sediakan banyak terus, tetapi kebanyakan tiap hari akan habis jualan,” katanya.

Ditanya mengenai pekerja, Daisy memberitahu, setakat ini dia mempunyai enam pekerja sahaja.

Lebih menggembirakan wanita ini mengakui roti keluarannya juga dibeli oleh pelbagai kaum di Kapit seperti Iban, Melayu dan Cina sendiri.

Daisy juga berharap anaknya dapat mewarisi atau mengambil alih perniagaannya pada masa hadapan supaya dapat berkembang lebih maju lagi.

“Sekarang anak saya sedang belajar di sebuah universiti mengambil jurusan ‘hotel management’ yang mana platform untuk produk dibawa di peringkat lebih tinggi,” katanya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found