OTTAWA, 23 Jun: Kesemua lima penumpang kapal selam Titan yang mahu meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic, di dasar Laut Atlantik disahkan meninggal dunia.
Pengumuman itu dibuat pengawal pantai Amerika Syarikat yang mengesahkan penemuan bangkai dan serpihan kapal terbabit di sempadan perairan Kanada.
Pasukan SAR kesan ‘bunyi dalam air’ berhampiran bangkai kapal Titanic
Sebelum itu, kapal selam Titan yang membawa mangsa-mangsa tersebut telah dilaporkan hilang di luar pantai Kanada selepas terputus komunikasi dengan pengendali pelancongan pada Ahad lepas, ketika berada kira-kira 700 kilometer ke selatan St John, Newfoundland.
Oceangate Expedition iaitu syarikat yang mengendalikan kapal Titan tersebut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pada Jumaat.
Kapal robotik yang digunakan bagi misi pencarian menemukan sejumlah serpihan bangkai kapal selam tersebut kira-kira 488 meter dari bawah permukaan di kawasan terpencil di Atlantik Utara.
Pasukan SAR kesan ‘bunyi dalam air’ berhampiran bangkai kapal Titanic
Serpihan tersebut menunjukkan kapal selam itu telah meletup, sekali gus mengorbankan kesemua penumpangnya.
Kata Jurucakap Pengawal Pantai Amerika Syarikat, John Mauger, serpihan yang ditemukan adalah sepadan dengan kesan letupan pada kapal selam itu.
Setakat ini sebanyak lima serpihan kapal selam terbabit telah ditemukan dan pencarian bakinya masih diteruskan. – TVS