Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Residen Sarikei, Micheal Ronnie Langgong ketika ditemui media. Foto: TVS.

Sarikei anjur pelbagai acara menarik, rai 60 Tahun Sarawak Merdeka

SARIKEI, 23 Jun: Sarikei bakal menganjurkan pelbagai acara menarik di peringkat bahagian sempena meraikan sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Residen Sarikei, Micheal Ronnie Langgong berkata, penganjur merangka pelbagai program menarik bagi memeriahkan suasana sambutan sekali gus menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Persiapan yang dilakukan di Sarikei sempena meraikan sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka bermula Jumaat hingga Ahad ini. Foto: TVS.

Katanya, antara program yang dianjurkan adalah pameran digital, jualan usahawan dan konvoi merdeka.

“Konvoi kembara akan berada di sini sehingga 28 haribulan, pada tempoh tersebut pelbagai acara utama yang telah kita senaraikan dan kita kendalikan antaranya ialah jualan usahawan, pameran digital dan konvoi merdeka. Konvoi merdeka ini akan meneruskan perjalanan mereka ke semua daerah ke empat-empat daerah Sarikei,” katanya ketika ditemui media.

Beliau berkata, rombongan konvoi akan dibawa melawat ke lokasi bersejarah Kubu Brooke yang terletak di Meluan selepas acara penyerahan bendera dari bahagian Kapit disempurnakan di Julau.

Tambahnya, rombongan konvoi juga akan bergerak ke Selalang untuk aktviti penanaman pokok, menghadiri Majlis Ngiling Tikai di Rumah Sadau dan kemudiannya ke Meradong bagi promosi makanan tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Betong.

“Bagaimanapun di setiap daerah dan di Sarikei sendiri memang pelbagai aktiviti serentak diadakan. Antaranya ialah Fun Run, Sarawak Aktif, ‘Youth Got Skill’ iaitu program gunting rambut dan Program Save a Life dan mempelajari kaedah CPR iaitu Cardio-Pulmonary Resuscitation untuk memperlengkapkan lagi sambutan kita di peringkat bahagian Sarikei,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kehadiran warga Sarikei untuk memeriahkan lagi program berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan