Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
‘Riders’ Kapit yang menyertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Kapit. Foto: Aziz Soleh (TVS).

‘Riders’ Kapit teruja sertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka

ByFebbright James

KAPIT, 23 Jun: Kelab Penunggang Motosikal di Kapit luah rasa keseronokan dapat menyertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka 60 Tahun di bahagian ini.

Jelas mereka, ini merupakan pengalaman baru buat mereka kerana dapat berkumpul dengan pelbagai agensi terlibat di samping berpeluang menjelajah ke bahagian pedalaman termasuk di rumah panjang.

Penasihat Kelab Teresang Bikers, Mohd Sabli memaklumkan mereka berasa bertuah kerana menjadi sebahagian peserta yang meraikan 60 Tahun Sarawak Merdeka kerana acara seumpama ini jarang diadakan.

“Apa yang seronoknya ialah kita dapat berkumpul dengan rakan-rakan di rumah panjang di Kapit di samping sama-sama berkongsi tentang erti kemerdekaan. Paling penting perpaduan kaum haruslah dikekalkan.

‘Riders’ Kapit yang menyertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Kapit. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Beliau turut berharap Sarawak terus maju dan dilimpahi pembangunan.

Sementara itu, Nurasiman Simon, berkata konvoi kembara ini membolehkan mereka melihat kepelbagaian budaya di sesebuah kawasan seperti upacara Miring dan tarian tradisional.

“Saya berharap tahun-tahun akan datang banyak lagi acara agar kita boleh meneroka kawasan di luar bandar,” ujarnya.

Presiden Teresang Bikers, Bernard Umping berkata beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan ini merupakan pengalaman baru untuk mereka ahli Kelab Teresang Bikers. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan