Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha merasmikan Pameran Museum of The Moon di Muzium Budaya Borneo di sini. Foto Faitullah Morni (TVS).

Pengetahuan sains dan teknologi perlu seiring dengan sejarah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 22 Jun: Rakyat Sarawak disaran mencari titik keseimbangan ketika berusaha menguasai sains dan teknologi, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, ini termasuk tidak melupakan ilmu sejarah, seni serta tradisi di sini.

Ujar beliau, disiplin ilmu dalam pelbagai bidang mampu memimpin ke arah kemakmuran selain mewujudkan masyarakat yang celik sejarah namun diperkasa dengan teknologi semasa.

“Kerajaan Sarawak amat menekankan kepentingan sains dalam membangunkan Bumi Kenyalang untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Perjalanan kita masih jauh termasuk dalam aspek penerokaan angkasa lepas (tetapi) masyarakat yang menerima sains dan dipacu data mesti diwujudkan sebagai asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Museum of The Moon di Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Journey To Space’.

Sementara itu, Abdul Karim memuji usaha Jabatan Muzium Sarawak yang menganjurkan pameran itu dan menjemput pelajar dan tenaga pengajar dari pelbagai sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi untuk turut serta.

Pameran di Kuching ini merupakan sebahagian daripada jelajah karya seni oleh artis United Kingdom, Luke Jerram yang kali pertama mengadakan pameran di Malaysia bermula 17 Jun lalu hingga 5 Ogos 2023.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan