Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peter Sibon ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Gita, Kuching, hari ini susulan penyebaran berita palsu mengenai status kesihatan Tun Taib. Foto: JaPen

Astana buat laporan polis, sebar berita palsu mengenai status kesihatan Tun Taib

KUCHING, 23 Jun: Pihak Astana Negeri hari ini membuat laporan polis berhubung hantaran berita palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp menyentuh perihal status kesihatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Balai Polis Gita, di sini.

Setiausaha Akhbar Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Peter Sibon berkata beliau menerima satu hantaran WhatsApp daripada rakan setugas berbunyi: `Information just received. The white hair of Sarawak is under induced coma in Sarawak General Hospital. Expect a public holiday soon’

“Hantaran yang diterima pada 21 Jun 2023 pada 8.15 malam berlegar-legar di media sosial dan semenjak itu saya telah dihubungi oleh pihak media untuk mengesahkan kesahihan berita termasuk status kesihatan Tun Taib,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.

Semalam, Setiausaha Sulit Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Junih Salleh Ahmad mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan status sebenar kesihatan Tun Taib sekali gus menghentikan penularan berita palsu di media sosial.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak Astana mahu penularan berita palsu dihentikan.

Turut serta ketika laporan polis itu dibuat ialah Juruiring Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Hamka Mohamad, Ketua Pegawai Keselamatan Astana Negeri, Zaim Kamaruzzaman dan Pegawai Tadbir Astana Negeri Ratmawati Sabil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan