Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: UNIMAS

Unimas catat 90.6 peratus kebolehpasaran graduan

KOTA SAMARAHAN, 22 Jun: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 90.6 peratus, menurut Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Beliau berkata universiti itu melahirkan kira-kira 3,800 graduan setiap tahun dan kadar kebolehpasaran graduan UNIMAS itu juga sedikit lebih tinggi daripada purata kebangsaan iaitu 89 peratus.

“(Kebolehpasaran) 90.6 peratus itu diukur enam bulan selepas (pelajar) selesai graduan, mungkin peratusannya lebih tinggi selepas enam bulan tetapi itulah pengukuran digunakan pihak kementerian,” katanya selepas majlis penutupan Pengambilan Bakat dan Pameran Kerjaya UNIMAS (TRACE) 2023 di Kampus UNIMAS di sini hari ini.

Beliau berkata antara graduan universiti itu yang laris di pasaran pekerjaan ialah jurusan perubatan diikuti kejuruteraan dan sains komputer.

“Hasrat UNIMAS juga agar pelajar dan graduan kita diberikan gaji dengan kadar yang baik dan bukan dibayar gaji minimum,” katanya.

Kira-kira 60 pemain industri menyertai TRACE 2023 yang menawarkan 1,000 peluang pekerjaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan