Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli. Foto: Bernama.

UMNO Selangor nafi keluarkan surat desak Rafizi letak jawatan Menteri Ekonomi

ByBernama

SHAH ALAM, 22 Jun: Badan Perhubungan UMNO Selangor hari ini menafikan telah  mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.

UMNO Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan.

Kenyataan itu memaklumkan UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Selangor serta Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Selangor yang akan datang,” menurut kenyataan itu.

Katanya Badan Perhubungan UMNO Selangor terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air serta menyambut baik kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan