Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat di panah petir dalam dua kejadian di Bengal Barat di timur India pada Rabu. Gambar hiasan: Envato.

Tujuh maut akibat di panah petir di Bengal Barat, India

ByBernama

NEW DELHI, 22 Jun: Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat di panah petir dalam dua kejadian di Bengal Barat di timur India pada Rabu, kata seorang pegawai kerajaan negeri.

Sembilan ekor lembu turut mati dalam kejadian yang berlaku di daerah Malda itu, lapor Xinhua.

Hujan lebat dan ribut petir menjejaskan beberapa kawasan di Bengal Barat sejak beberapa hari lalu, menurut pihak berkuasa daerah.

Selain itu, negeri seperti Assam, Rajasthan, Gujarat dan Tamil Nadu turut dilanda hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu yang telah mencetuskan banjir.

Pada Rabu, New Delhi dan kawasan sekitarnya turut dilanda hujan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya yang menghubungkan bandar raya itu dengan Jaipur, ibu negeri Rajasthan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan