Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap pada Majlis Makan Malam Gala ‘ Shape The World 2023’ di sini, pada Rabu. Foto: Fiqri Razak (TVS).

Sarawak sedia kongsi tenaga boleh diperbaharui dengan dunia – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Jun: Sarawak bersedia untuk berkongsi sumber tenaga boleh diperbaharui dengan dunia, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, kesediaan itu berikutan Sarawak mempunyai sumber serta telah meneroka potensi tenaga boleh diperbaharui untuk kegunaan dalam pelbagai bidang.

Penggunaan kenderaan hidrogen dan EV sepenuhnya menjelang 2030

Kata beliau, Sarawak bersyukur kerana mempunyai sumber asli yang boleh dimanfaatkan untuk penghasilan tenaga boleh diperbaharui termasuk hidrogen serta solar dan angin.

“(Sehubungan itu) Sarawak bercita-cita tinggi untuk berkongsi sumber tenaga ini dengan dunia, sekurang-kurangnya dengan Singapura bagi menghasilkan tenaga hijau lestari yang seterusnya membawa kepada pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Shape The World 2023 malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Persidangan yang disertai lebih 300 peserta itu dianjurkan bagi membincangkan cabaran yang dihadapi dunia termasuk isu perubahan iklim.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Singapura dan Sarawak boleh bekerjasama dalam bidang tertentu khususnya ekonomi hijau.

“Mereka (Singapura) mempunyai kepakaran, kita (Sarawak) ada sumber, jadi biarlah kedua-dua ini bekerjasama untuk membangunkan industri berasaskan tenaga hijau.

“Oleh itu, saya mahu mempermudahkan dan memandang ke hadapan untuk ekonomi masa hadapan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan