Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari melihat model kereta EV pada majlis program Ev-Fy Adoption di Kuching, Sarawak, Januari lepas. Foto JAPEN.

Penggunaan kenderaan hidrogen dan EV sepenuhnya menjelang 2030

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Jun: Sarawak sasar untuk menggunakan kenderaan hidrogen sepenuhnya menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan itu termasuklah untuk pengangkutan awam.

Sarawak sedia kongsi tenaga boleh diperbaharui dengan dunia – Abang Johari

“Kita kini sedang membangunkan hidrogen dan saya kira menjelang 2030 hampir semua pengangkutan awam akan menggunakan hidrogen serta kenderaan elektrik (EV),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Shape The World 2023 di sini pada Rabu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Mengulas lanjut, Abang Johari memberitahu, sasaran peralihan kepada penggunaan kenderaan berteknologi mesra alam itu bertujuan untuk menyokong penyahkarbonan supaya Bandaraya Kuching bersih serta menjadi bandar pintar.

“Semoga Kuching akan bersih dan bebas pelepasan karbon,” katanya.

Untuk rekod, Sarawak merupakan negeri pertama yang menggunakan kereta elektrik sel fuel atau ‘fuel cell electric vehicle’ (FCEV) yang digerakkan menggunakan gas hidrogen.

Setakat ini, terdapat lima kereta hidrogen di Sarawak yang masing-masing untuk kegunaan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Premier Sarawak dan tiga lagi Timbalan Premier Sarawak. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan