Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sikie (empat dari kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian acara Malam Kesenian Iban 2023.

Malam Kesenian sempena Bazar Gawai 2023 berlangsung meriah

ByDouglas Elliot

KUCHING, 22 Jun: Acara Malam Kesenian sempena Bazar Gawai 2023 yang berlangsung di pekarangan Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam tadi berjaya menarik ramai pengunjung.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai berkata, beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh orang ramai sepanjang acara berlangsung selama tiga hari berturut-turut.

“Ini merupakan malam keempat saya hadir pada acara ini dan sambutannya begitu memberangsangkan.

“Ramai yang datang serta turut membeli pelbagai barangan yang dijual,”katanya ketika ditemui pada program Malam Kesenian Iban 2023.

Sementara itu John Sikie berkata, program Malam Kesenian dianjurkan bersama tiga kaum iaitu Orang Ulu, Bidayuh dan Iban.

“Malam ini merupakan malam terakhir bagi program Malam Kesenian. Malam Kesenian pada Isnin telah dianjurkan oleh Orang Ulu manakala semalam oleh kaum Bidayuh.

“Program ini merupakan salah satu segmen hiburan bagi perayaan Bazar Gawai,” katanya.

Malam Kesenian Iban 2023 menyaksikan persembahan tradisional seperti upacara Miring, tarian Ngajat, Pantun Puji dan juga persembahan nyanyian daripada artis Iban.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Tan Sri William Mawan; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis serta Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.

Bazar Gawai yang bermula sejak 16 Jun lepas dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Upacara gulung tikar atau ‘Ngiling Bidai’ akan dilakukan pada hari terakhir iaitu 25 Jun sebagai simbolik penutupan bazar edisi kali ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan