Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bau dipilih sebagai satu daripada lima kawasan yang akan dilaksanakan projek pembangunan geotapak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bermula tahun ini. Foto TVS.

Bau disenarai di bawah Projek Pembangunan Geotapak RMK-12

KUCHING, 22 Jun: Bau dipilih sebagai satu daripada lima kawasan yang akan dilaksanakan projek pembangunan geotapak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bermula tahun ini.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia Sarawak, Roslan Rajali berkata, projek itu antara lain akan melibatkan kerja-kerja pemetaan.

Kata beliau, projek pembangunan ini meliputi tiga lokasi utama iaitu Wind Cave, Paku Rock Maze Garden dan Merembeh Caving Park.

“Berpaksikan objektif utama iaitu menjalankan proses pemetaan geotapak secara terperinci, JMG sangat komited memastikan tujuan utama ini dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sesi Libat Urus Projek Pembangunan Geotapak Kars Bau di Dewan Suarah Bau di sini hari ini.

Roslan Rajali merasmikan Sesi Libat Urus Projek Pembangunan Geotapak Kars Bau di Dewan Suarah Bau di sini hari ini. Foto: TVS.

Bau disenaraikan bersama tapak di Sungai Baliayang (Sabah), Gunung Stong (Kelantan), Bukit Payung, Johor dan satu lagi di Kedah.

Berkenaan proses pemetaan itu, Roslan berkata, ia melibatkan kerja pencirian kepelbagaian geologi, proses menentukan nilai warisan dan mencadangkan potensi pembangunan yang boleh dilaksanakan.

Selain itu katanya, projek pembangunan geotapak ini turut berperanan dalam penyediaan pelan untuk pemeliharaan bentuk penting dan proses pemuliharaan geotapak.

“Secara tidak langsung usaha ini akan membuka peluang kepada Bau untuk diangkat sebagai salah satu produk geopelancongan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan