Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gerald Rentap tiba di Rumah Panjang Jawa anak Emang Nanga Sangin Sungai Amang, Kapit hari ini sempena di Konvoi Kembara Sarawak Merdeka. Foto: Aziz Soleh (TVS)

SUKMA: Persiapan Sarawak capai 50 peratus, tambah baik fasiliti

ByFebbright James

KAPIT, 21 Jun: Sarawak kini dalam proses menambah baik dan meneliti kesesuaian fasiliti sukan di setiap daerah yang akan digunakan untuk penganjuran SUKMA 2024, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu.

Menurutnya terdapat lapan lokasi telah dikenal pasti dan pihaknya kini telah berjumpa dengan hampir kesemua persatuan berkaitan termasuk Perbadanan Sukan Sarawak dan Majlis Sukan Negeri Sarawak untuk memperhalusi persiapan negeri menjadi tuan rumah nanti.

SUKMA: Proses tambah baik fasiliti capai 50 peratus siap

“Kita masih membuat audit fasiliti yang bersesuaian mengikut 37 acara yang ada untuk memastikan Sarawak menjadi tuan rumah terbaik. Kita mahu fasiliti yang disediakan nanti akan memberi keselesaan untuk semua pasukan yang bertanding.

“Kita masih menunggu laporan daripada semua persatuan dan mensasarkan bulan Julai nanti kita dapat bentangkan perbelanjaan ke pihak atasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menyertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Rumah Panjang Jawa anak Emang Nanga Sangin Sungai Amang, Kapit di sini, pada Rabu.

Gerald menambah pihak kementerian akan memastikan setiap bahagian yang dipilih akan disediakan fasiliti yang lengkap dan terbaik.

“Misalnya, di Sri Aman akan ada tinju, Sibu, Miri dan Bintulu pula akan ada beberapa acara dan mungkin di Betong dan Mukah akan pertandingan juga.

“Kita tidak mahu semua acara tertumpu di Kuching sebab kita mahukan sokongan padu semua rakyat Sarawak untuk pasukan yang bertanding.

“Pada 23 Jun ini kita akan ada mesyuarat dengan pihak sekretariat untuk memperhalusi beberapa perkara. Saya yakin sebelum Julai tahun depan, fasiliti kita semua sudah tersedia untuk SUKMA,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihaknya akan meneruskan pengubahsuaian, penambahbaikan dan membaiki semua fasiliti yang akan digunakan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan