Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rentap ketika ditemuai TVS di Merdeka di Rumah Panjang Jawa anak Emang Nanga Sangin Sungai Amang, Kapit hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Pua Kumbu warisan yang harus dipelihara – Gerald Rentap

ByFebbright James

KAPIT, 21 Jun: Pua Kumbu merupakan warisan yang harus dikekalkan kerana ianya melambangkan identiti masyarakat Iban.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, penghasilan Pua Kumbu juga merupakan sumber ekonomi kerana menjana pendapatan lumayan khususnya kepada penduduk di rumah panjang.

Pua Kumbu warisan yang wajib dipelihara

Sehubungan itu ujar beliau, Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong perusahaan menghasilkan Pua Kumbu.

“Bayangkan harga sehelai Pua Kumbu boleh mencecah ribuan Ringgit. Penghasilannya juga boleh menarik pelancong datang ke rumah panjang.

“Selain digunakan untuk upacara miring dan adat, Pua Kumbu juga kini sering dijadikan elemen dalam busana moden yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menyertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Rumah Panjang Jawa anak Emang Nanga Sangin Sungai Amang, Kapit hari ini.

Sempena kunjungan ke rumah panjang berkenaan, Gerald turut menyumbang RM10,000 kepada Biro Wanita rumah panjang tersebut sebagai tanda sokongan untuk menjalankan aktiviti biro dan juga menghasilkan Pua Kumbu serta kraf tangan lain.

“Kita bukan sahaja memelihara kebudayaan bahkan memelihara kesenian agar warisan seperti ini dapat dipasarkan secara meluas. Kita mahu melihat produk-produk kraftangan tradisional di rumah panjang dan kampung-kampung terus dipromosikan,” ujarnya.

Tambahnya, industri kraf telah menyumbang sekitar RM25 juta setiap tahun kepada ekonomi negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan