Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi Rohana Jalil meninggal dunia malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, Cheras. Foto Instagram Rohana Jalil.

Penyanyi Rohana Jalil meninggal dunia

ByTiana Azni

KUCHING, 21 Jun: Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

Berita itu disahkan kenalan rapatnya, penyanyi Noorshila Amin.

“Duka cita dimaklumkan Hjh (Hajah) Rohana Jalil (Dara Binti Jalil) telah kembali ke rahmatullah 11.33 malam tadi,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini penyanyi yang popular dengan lagu Rayuanku itu dirawat di hospital berkenaan sejak April lepas disebabkan penyakit kebocoran usus yang dihadapinya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat melawat Rohana ketika Allahyarhamah menerima rawatan di situ.

Sementara itu, pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun memaklumkan kepada portal Berita Harian yang jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Falah, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah pagi esok.

“Mereka yang ingin melihat arwah bagi kali terakhir boleh datang.

“Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur,” tambahnya lagi.

Rohana yang berasal dari Johor dilahirkan pada 1955.

Langkahnya dalam industri muzik bermula selepas menang Pertandingan Bintang RTM pada 1980.

Penyanyi yang turut popular dengan lagu Naluri Cinta yang dinyanyikan secara duet dengan penyanyi To’ki berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984.

Pasangan itu dikurniakan tiga anak dan salah seorang, Syakila Nisa atau dikenali sebagai Kilafairy turut aktif dalam bidang seni. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan