Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal selam OceanGate Expeditions yang digunakan untuk membawa pelancong menyaksikan bangkai Titanic dilaporkan hilang di Laut Atlantik sejak Ahad lalu. Foto: AFP PHOTO / Woods Hole Oceanographic Institution / HANDOUT

Pasukan SAR kesan ‘bunyi dalam air’ berhampiran bangkai kapal Titanic

ByAFP

BOSTON, 21 Jun: Pasukan penyelamat yang dalam usaha mencari kapal selam pelancong yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic telah mengesan bunyi dalam air di kawasan pencarian.

“Pesawat P-3 Kanada mengesan bunyi dalam air di kawasan pencarian. Akibatnya, operasi ROV (kenderaan kendalian jauh) telah dipindahkan dalam usaha untuk meneroka asal usul bunyi itu,” kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) menerusi Twitter rasminya hari ini.

Kapal selam teroka Titanic hilang, berbaki bekalan oksigen 70 jam

Pencarian ROV setakat ini tidak membuahkan hasil namun akan diteruskan, kata cawangan tentera sambil menambah bahawa data dari pesawat Kanada telah dikongsi dengan pakar Tentera Laut AS untuk memaklumkan rancangan pencarian seterusnya.

Pengumuman daripada Pengawal Pantai AS itu menguatkan keyakinan bahawa mereka yang berada di dalam kapal itu masih hidup.

Kapal selam teroka Titanic hilang, berbaki bekalan oksigen 70 jam

Pentagon pada Rabu telah mengarahkan pesawat C-130 dan radar dikerahkan dalam pencarian manakala Institut Oseanografi Perancis menghantar robot dalam air dan pakarnya di kawasan itu.

“Ini adalah pencarian yang sangat kompleks dan pasukan bersatu bekerja sepanjang masa untuk membawa semua aset dan kepakaran yang ada secepat mungkin,” kata Kapten Pengawal Pantai AS Jamie Frederick kepada pemberita.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan