Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Minyak diesel yang disimpan secara haram yang dirampas dalam serbuan Op Taring Kontraban di sebuah premis di Jalan Ding Lik Kong di Sibu pada Selasa.

Lelaki ditahan, diesel bernilai RM81,300 dirampas

SIBU, 21 April: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi membabitkan rampasan keseluruhan bernilai RM81,000 ditahan di Jalan Ding Lik Kong, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, lelaki tempatan berusia 30 tahun terbabit juga merupakan seorang penjaga premis berkenaan.

Zulkipli mendedahkan lelaki itu ditahan dalam satu serbuan Op Taring Kontraban yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu di Jalan Ding Lik Kong pada jam 8.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menjumpai dua buah tangki besi segi empat dan dua buah tong plastik segi empat warna putih yang disyaki mengandungi minyak diesel dianggarkan lebih kurang 10,400 liter disimpan tanpa lesen serta permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya penjaga premis berkenaan gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk beberapa peralatan lain dianggarkan bernilai RM81,300,” jelasnya.

Zulkipli berkata tangkapan dan rampasan telah diserah kepada pegawai penyiasat KPDN Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan