Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes buli di Samarahan, empat pelajar ditahan

ByDayu Adruce

KUCHING, 21 Jun: Polis menahan kesemua suspek yang terdiri daripada empat pelajar tingkatan satu dan dua yang disyaki terlibat dalam kes buli di Kota Samarahan.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan, Brodie Brangka berkata penahanan mereka susulan mangsa iaitu pelajar tingkatan satu yang bersekolah sama dengan mereka telah membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan kira-kira jam 5.08 petang Isnin lalu.

Polis tahan empat pelajar terlibat kes buli di Samarahan

Brodie berkata terdahulu siasatan awal mendapati kejadian berlaku di belakang blok kedai, Taman Desa Permai, Kota Samarahan tular di media sosial pada 19 Jun lalu.

“Mangsa telah membuat laporan polis pada 19 Jun 2023 lebih kurang jam 5.08 petang bagi memaklumkan tentang kejadian buli tersebut. 

“Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya. 

Terdahulu, tular satu video berdurasi 47 saat memaparkan sekumpulan pelajar lengkap berbaju sukan sekolah telah menyerang seorang pelajar berbaju sukan hijau serta hasil penelitian mereka merupakan pelajar sekolah yang sama.

Dalam pada itu, pihak polis mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan rakaman video tersebut serta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian supaya tidak mengganggu siasatan yang dijalankan. -TVS 

Tags: kes buli, KPM, pdrm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan