Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah penyanyi, Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 pada 11.45 pagi tadi. Foto Awani.

Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan

ByBernama

PETALING JAYA, 21 Jun: Jenazah penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 pada 11.45 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan suami, Jehangir Khan, 66, dan tiga anak perempuan – sulung berumur 34, yang kedua, 32 dan anak bongsunya yang juga penyanyi, Shakila Nisha atau Kilafairy, 30.

Penyanyi Rohana Jalil meninggal dunia

Jehangir berkata Allahyarham meninggal dunia pada 11.33 malam tadi setelah lebih kurang dua bulan bertarung nyawa melawan kanser usus di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Doktor telah memberitahu tempoh hayat arwah dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Cuma rawatan kimoterapi tidak boleh dilakukan kerana arwah lemah,” katanya yang reda selepas mengetahui diagnosis doktor yang kenser dialami isterinya sudah tahap empat.

Rohana Jalil, 68, telah dirawat di hospital sejak April lepas disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.

Dalam pada itu, Jehangir menyifatkan dirinya sebagai beruntung kerana dikurniakan isteri terbaik sepanjang hayatnya.

Sementara itu anak bongsu arwah, Kilafairy berkata beliau berada di sisi ketika ibunya menghembuskan nafas terakhir dan menyempurnakan urusan pengebumian sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

“Apa sahaja keadaan kita terpaksa terima takdir (pemergian ibu tercinta),” katanya memaklumkan jenazah ibunya berada dalam keadaan tersenyum.

Mengenai karier seni ibunya, Kilafairy berkata arwah ‘berada dalam kelas tersendiri’ dan mempunyai emangat juang tinggi yang terserlah lebih-lebih lagi dalam melawan penyakit dialaminya itu.

“Satu perkara yang Kila tak nak putus adalah muzik dan nyanyian mama. Insya-Allah kalau ada rezeki Kila hendak teruskan legasi mama,” katanya.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan dengan diimamkan Bilal 1, Hafizal Harun Masjid Al-Falah di USJ 9 pada lebih kurang 11 pagi tadi dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Saudara-mara dan rakan-rakan artis hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara rakan artis yang hadir ialah Jaafar Onn yang juga sahabat baik arwah, Azizul Khamis, Datuk Khadijah Ibrahim, Noraniza Idris, Datuk Ziela Jalil, Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz, Izzara Aishah, Joe Flizzow, Chef Yang Jamil dan Azlee Senario.

Sepanjang 40 tahun berkecimpung dalam bidang muzik, arwah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.

Antara lagu popular beliau ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta, duet bersama To’ki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByTiana Azni-
ByBernama-