Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daerah Kapho yang terletak di selatan Thailand digegarkan dengan kejadian letupan bom yang mencederakan empat anggota pasukan keselamatan. Foto TVS.

Empat anggota keselamatan cedera dalam insiden letupan bom di Pattani

ByBernama

PATTANI, 21 Jun: Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Ketua Polis Daerah Kapho Kol. Pol. Dechawut Cheteh berkata kejadian berlaku ketika enam anggota pasukan keselamatan itu menaiki tiga buah motosikal dalam perjalanan ke sebuah kampung untuk membaiki rumah penduduk, kira-kira 8.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebutir bom buatan sendiri diletupkan dan menyebabkan seorang renjer dan tiga sukarelawan pertahanan cedera manakala dua lagi terselamat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bom buatan sendiri seberat 20 kilogram telah dipasang pada tong gas dan diletupkan ketika anggota keselamatan tiba di lokasi kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan