“Sekitar 40 jam bekalan oksigen yang berbaki berdasarkan laporan awal itu.
“Usaha pencarian tertumpu pada permukaan laut dengan menggunakan 130 pesawat dan radar, serta di bawah permukaan laut dengan menggunakan pesawat p3. Kami dapat menurunkan pelampung sonar pemantau, namun hingga hari ini, usaha pencarian belum membuahkan hasil,” lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Kapten Jamie Frederick dari jabatan respons daerah Pengawal Pantai Pertama.
Pasukan pencarian sedang melakukan operasi di Kawasan yang terletak 900 batu di timur Cape Cod, 400 batu jauhnya di selatan St. John’s, Kanada, dan memerlukan masa dan penyelarasan untuk memanfaatkan asset-aset berkenaan, yang menjadikannya operasi yang sangat kompleks, katanya.
Mengenai operasi mencari dan menyelamat, Tentera Laut AS “bersiap sedia sekiranya bantuan mereka diperlukan,” menurut Rumah Putih.
Tentera Laut mempunyai “beberapa keupayaan di dalam air yang tidak dimiliki oleh Pengawal Pantai,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby dalam taklimat berita.
Pihak berkuasa di AS dan Kanada berlumba-lumba mengesan kapal selam yang terlibat dalam ekspedisi membawa pelancong ke dasar laut bagi meneroka bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara.
Kapal selam yang hilang itu membawa seorang pengemudi kapal dan empat penumpang lain, iaitu Hamish Harding, seorang bilionair British dan Paul-Henri Nargeolet, seorang penyelam terkenal Perancis.