Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot yang digunakan seorang lelaki yang cuba menyeludup 1.5 tan benih kerang di 0.5 batu nautika timur pesisir Padang Keria, Sanglang, Alor Setar semalam. Foto: APMM Kedah.

APMM gagalkan cuba seludup 1.5 tan benih kerang ke Thailand

ALOR SETAR, 21 Jun: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan seorang lelaki menyeludup kira-kira 1.5 tan benih kerang ke Thailand menerusi laluan laut semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, lelaki warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 4.14 petang bersama sebuah bot fiber di 0.5 batu nautika timur pesisir Padang Keria, Sanglang dekat sini.

Ujar beliau, bot tanpa nombor pendaftaran berkenaan dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan selain cuba memecut laju selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Lelaki itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke sempadan negara untuk menyeludup keluar 100 guni benih kerang ke Thailand.

“APMM yang melakukan operasi rutin Op Aman telah merampas benih kerang dan bot yang dianggarkan bernilai RM80,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Noor Azreyanti, suspek dan barang-barang rampasan kemudiannya dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah dekat sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan, Perkara 4(3) Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan