Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Saibi Gi (TVS)

Abdul Karim ‘sekolahkan’ DAP Sarawak kritik projek tiang bendera ikonik

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Jun: Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar tindakan pemimpin DAP Sarawak yang mempolitikkan projek pembinaan Tiang Bendera Ibu Pertiwiku di Tebingan Sungai Kuching di sini yang sudah siap.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa terbuka terhadap minat ditunjukkan oleh syarikat korporat yang ingin turut menyumbang kepada penyediaan infrastruktur pelancongan di sini.

Kata Abdul Karim, kritikan terbaharu oleh DAP itu bukanlah mengejutkan memandangkan parti itu sebelum ini sering mempersoalkan pelbagai projek pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Pembinaan tiang bendera tertinggi negara mendahului jadual, siap November ini – Dr Abdul Rahman

“Dahulu kita (Kerajaan Sarawak) buat jambatan, perkenalkan pertunjukan air pancut (di Tebingan Sungai Kuching), DAP bising, sebab itu saya kata mereka ini apabila perkara bagus kita laksanakan, mereka tidak akan bercakap baik,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan pemimpin DAP Sarawak Peter Hee yang berpandangan peruntukan RM30 juta untuk tiang bendera itu seharusnya digunakan untuk projek yang lebih praktikal.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menjelaskan jumlah kos untuk pembinaan infrastruktur pelancongan negeri baharu itu meliputi pelbagai aspek termasuk kawasan dataran dan bahan binaan projek.

Pembinaan tiang bendera tertinggi negara mendahului jadual, siap November ini – Dr Abdul Rahman

Beliau menegaskan, projek berkenaan tidak menggunakan dana pembangunan kerajaan.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, DAP juga membisu apabila Kerajaan Sarawak meneruskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo serta beberapa projek jambatan yang dihentikan sebelum itu.

“Kita (Kerajaan Sarawak) salurkan berjuta – juta untuk siapkan projek itu, mereka (DAP) tidak cakap perkara baik namun apabila tiang bendera ikonik itu siap, mereka bising, bagi saya tujuannya hanya mencari publisiti murahan, macam langau,” katanya.

Dalam soal pembangunan termasuk menyediakan kemudahan awam, Abdul Karim berkata, Kerajaan Sarawak sudah menilai kemampuan kewangan dan bagi projek yang mahu dibiayai oleh pihak swasta, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu.

Pembinaan tiang bendera tertinggi negara mendahului jadual, siap November ini – Dr Abdul Rahman

“Sekiranya tidak ada duit, kita (Sarawak) tidak sewenang-wenangnya melaksanakan program ikonik yang menelankan kos tinggi.

“Namun sekiranya mampu (dan dibantu pula oleh) korporat yang mahu turut menyumbang kepada pembangunan Sarawak dalam pelbagai bidang (termasuk menyediakan prasarana ikonik), mengapa perlu dihalang,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, kerajaan negeri juga berterusan menyediakan pelbagai produk pelancongan di Sarawak untuk menarik lebih ramai pelancong.

“Pelancongan bukan bermaksud orang datang untuk beli kraf atau melawat muzium sahaja. Kita (Kerajaan Sarawak) perlu membina infra, tempat ikonik dan sebab itulah kadang kala kos pembinaannya sangat tinggi,” katanya.

Sebelum ini kata Abdul Karim, Kerajaan Sarawak telah menyediakan beberapa kawasan tarikan pelancongan yang memberi pulangan kepada ekonomi negeri.

“Berkenaan tiang bendera itu, apa yang saya fahami ia akan menjadi mercu tanda yang ikonik, sesiapa yang datang ke situ termasuk dari Sibu, Miri dan Sri Aman (mahu melihatnya),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan