Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo berkata Kawasan Perkhidmatan Rehat (RSA) atau hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jelukong di bahagian Sri Aman dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2024.

Sarawak sasar sifar projek sakit menjelang hujung tahun ini – Ir. Aidel

ByNazirah Adlina

KUCHING, 20 Jun: Kerajaan Sarawak menyasarkan sifar projek kerajaan yang sakit atau tertangguh  secara kritikal menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Ir. Aidel Lariwoo berkata perkara itu diselesaikan dengan penamatan kontrak syarikat asal yang mendapat projek terlibat seterusnya dilaksanakan kontraktor penyelamat.

Menurut Ir. Aidel, inisiatif itu bertujuan agar projek kerajaan yang sakit di negeri ini dibangunkan semula dan terdapat antaranya telah mendahului jadual asal ia disiapkan.

“Selepas COVID-19 terdapat banyak projek sakit yang mana Jabatan Kerja Raya (JKR) menamatkan kontraktor lama dan digantikan dengan kontraktor penyelamat. Oleh itu dengan bangganya saya menyatakan senarai projek sakit kini menurun dengan banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media di Persidangan Physical and Infrastructure Asset Management Conference 2023 atau Persidangan “Reversing Risk” di sini, hari ini.

Jelas Ir. Aidel, JKR telah mempunyai senarai syarikat kontraktor penyelamat dan mereka sudah melalui proses tapisan bagi memastikan mereka mempunyai kebolehan untuk mengambil alih projek sakit tersebut.

Menyentuh mengenai faktor wujudnya projek sakit, Ir. Aidel menjelaskan antara penyebab utama adalah kenaikan harga bahan, terutama sekali selepas berlakunya pandemik COVID-19.

Beliau memberitahu kebanyakkan kontraktor asal tidak mampu meneruskan projek selepas kenaikan harga barang mendadak seperti harga diesel dan besi keluli.

“Jadi sebab mengapa banyak projek sakit ialah satu kenaikan harga barang.

Selain itu sekatan-sekatan harga barang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 tahun sebelum ini dan apabila berlakunya sekatan, para pekerja juga kebanyakannya sudah balik ke negara asal dan sukar untuk balik semula,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan antara projek kerajaan sakit yang dikenal pasti mendahului jadual adalah projek Jambatan Marudi yang menelan kos lebih RM100 juta dan dijangka siap pada tahun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan