KUCHING, 20 Jun: Safi Theatre bakal mempersembahkan pertunjukan unik hasil gabungan alunan gendang dan tarian akrobatik di pentas Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 pada hujung minggu ini.
Menurut laman web rasmi RWMF, festival berlangsung pada 23 hingga 25 Jun ini bakal menyaksikan persembahan bertenaga daripada kumpulan yang mengetengahkan muzik tradisional Tanzania.
Safi Theatre akan mendendangkan pelbagai lagu serta tarian yang bertenaga dengan menggunakan alat muzik tradisional serta kontemporari dengan menggunakan alat muzik snare drum, seruling conga dan toms.
Terdahulu, Safi Theatre telah membuat persembahan di Festival Bagamoyo, Music Crossroads, Festival Tarian SADC (Harare), Festival Muzik Sauti Za Busara, Olimpik Tanzania dan banyak lagi.
Selain Safi Thetre, antara barisan pemuzik serta artis luar negara lain yang turut dijemput untuk memeriahkan pentas RWMF 2023 adalah ‘Rastak’ (Iran), ‘Fasylive’ (Maldives), ‘Chatusram’ (India), ‘Rizal Hadi & Folk’ (Indonesia), ‘Thai Fusions Sound Band’ (Thailand) dan banyak lagi dari Jepun, Hong Kong dan Singapura.
Manakala, artis tempatan yang dijemput adalah Zee Avi, Suk Binie, APU, Nadir, Steve Thornton Band, Sada Borneo, At Adau, Nading Rhapsody, Tuku Kame, Buloh Berkocak, Meruked dan Orang Orang Drum.
Dapatkan tiket RWMF menerusi aplikasi Klook, yang merupakan ejen tiket rasmi RWMF 2023.
Sementara maklumat lanjut mengenai barisan pemuzik dan informasi tiket boleh didapati di laman web rasmi RWMF di http://rwmf.net. – TVS