Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dan Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media mengenai rampasan dadah terbesar di Sarawak, hari ini. Foto: TVS

Rampasan dadah terbesar di Sarawak, polis rampas dadah RM47.2 juta

BySaibi Gi

MIRI, 20 Jun: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di pusat hiburan dan stor penyimpanan dadah di sini serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM47.2 juta pada Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata menerusi serbuan dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan JSJN Sarawak, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah seberat 768.5 kilogram.

Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dan Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri dan Mustafa Kamal Gani Abdullah pada sidang media mengenai rampasan dadah terbesar di Sarawak, hari ini. Foto: TVS

“Kejayaan rampasan ini merupakan rampasan dadah terbesar di Sarawak pada tahun ini. Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 2,561,740 orang penagih dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, hari ini.

Dadah bernilai RM47.2 juta, rampasan terbesar di Sarawak

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, Ketua JSJN Sarawak, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah dan Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu.

Menurutnya, dadah yang dirampas terdiri daripada MDMA (methylenedioxymethamphetamine) seberat 81.8 kilogram, ketamin (686.7 kilogram) dan pil Eramin 5 seberat 1.15 gram.

Rampasan berkenaan diperolehi menerusi lima serbuan membabitkan sebuah pusat hiburan, tiga stor dijadikan tempat penyimpanan dadah dan satu di kawasan bebas.

Hasil serbuan pusat hiburan polis telah menahan dan memeriksa seramai 117 pengunjung yang terdiri dari 58 lelaki dan 59 perempuan. Dari jumlah tersebut 57 orang didapati positif dadah.

Menerusi empat serbuan berikutnya, polis berjaya menumpaskan tiga stor penyimpanan dadah dan menangkap seorang tiga lelaki berumur lingkungan 28 hingga 37 tahun, dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Sarawak.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah membawa masuk bekalan dadah dari Brazil dan Taiwan dan menjadikan premis kediaman sebagai stor penyimpanan dadah. Kemudian dadah ini diedarkan untuk pasaran tempatan terutama di sekitar Sarawak,” katanya.

Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak Februari 2023.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan suspek direman tujuh hari bermula 19 Jun bagi membantu siasatan.

Saringan awal polis mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan rekod jenayah mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau kes dadah dan jenayah.

Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan susulan itu, JSJN setakat ini menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM84,757.00.

“Operasi ini telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan. JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan.

JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka. Maklumat boleh disalurkan melalui talian JSJN di 012-208 7222. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan