Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ir. Aidel Lariwoo yang membacakan teks ucapan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidangan Physical and Infrastructure Asset Management Conference 2023

Pupuk budaya kesedaran tangani risiko, terima strategi Big Data

ByNazirah Adlina

KUCHING, 20 Jun: Budaya kesedaran menangani risiko perlu dipupuk dalam memastikan integriti serta keselamatan aset organisasi tempatan terjamin dalam mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi oleh organisasi tempatan, ekoran peredaran landskap kerja yang berubah dengan cepat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kesedaran itu boleh diwujudkan menerusi penerimaan strategi pengurusan risiko yang inovatif serta penerimaan idea Big Data.

“Dengan menerima strategi pengurusan risiko yang inovatif dan idea Big Data, kita boleh membalikkan arus potensi bahaya dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Ir. Aidel Lariwoo pada Persidangan Physical and Infrastructure Asset Management Conference 2023 atau Persidangan “Reversing Risk” di sini, hari ini.

Selain itu beliau turut menyatakan melalui komitmen Kerajaan Sarawak untuk membawa lebih banyak kemajuan dalam pelbagai aspek dan menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, Sarawak dijangka akan membangun dengan maju dalam dekad yang akan datang.

“Oleh itu, Sarawak mempunyai banyak agenda yang memerlukan perhatian yang mendesak dari segi kemudahan dan aset, selari dengan kemajuan pembangunan Sarawak,” ujarnya.

Persidangan Physical and Infrastructure Asset Management Conference 2023 yang dianjurkan oleh kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan CWorks Technologies Sdn Bhd bertujuan untuk mengetengahkan peranan pengurusan aset dalam pembangunan mampan serta penyelarasan prestasi operasi.

Antara topik berbangkit menyentuh berkenaan kemajuan terkini dalam pengenalpastian risiko, analisis, dan strategi mitigasi untuk pengurusan aset selain memanfaatkan kuasa Big Data dan loT dalam pengurusan risiko aset. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan