Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan seorang lelaki memukul pekerja kedai serbaneka hingga cedera dan menyebarkan menerusi media sosial membawa padah apabila dia kini diburu polis. Foto IPD Kajang.

Penjenayah ‘selfie’ selepas pukul pekerja kedai serbaneka diburu polis

ByFirdaus Ismail

KAJANG, 20 Jun: Tindakan seorang lelaki berswafoto selepas memukul pekerja kedai serbaneka 7-Eleven membawa padah apabila dia kini menjadi buruan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada mangsa yang berumur 18 tahun pada pukul 7.43 pagi tadi.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bertugas kira-kira pukul 5 pagi di kedai berkenaan di Semenyih.

“Menurut pengadu dua lelaki berbangsa India yang tidak dikenali pada mulanya mahu membeli minuman.

“Salah seorang daripada suspek kemudian mengambil tiga kaki payung dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran menyebabkan pengadu menegur perbuatan mereka,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd. Zaid berkata, akibatnya berlaku pertengkaran mulut membabitkan pengadu dengan suspek.

“Selepas itu, suspek masuk semula ke dalam premis lalu menumbuk pengadu di bahagian muka dan beredar,”katanya.

Video kejadian itu tular apabila tindakan suspek bersama rakannya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Sementara itu, Mohd. Zaid memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menghubungi balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau hubungi talian 03-89114222,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan