Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi dan Fazzrudin Abdul Rahman meninjau kerja-kerja membaik pulih paip pecah di Taman Malihah, Kuching, hari ini. Foto: Facebook Julaihi Narawi

Paip selalu pecah di Malihah? Ini jawapan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BySaibi Gi

KUCHING, 20 Jun: Beberapa insiden paip pecah berlaku di kawasan Taman Malihah di sini disebabkan tekanan air yang tinggi semasa waktu puncak setelah siap saluran paip utama Matang-Batu Kawah.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi yang berkata demikian, menambah keadaan bertambah buruk disebabkan paip jenis AC yang dipasang lebih 30 tahun dahulu.

Datuk Julaihi Narawi dan Fazzrudin Abdul Rahman ketika meninjau lokasi paip pecah di Taman Malihah, Kuching, hari ini. Foto: Facebook Julaihi Narawi.

“Penyelesaian segera yang diambil ialah dengan memasang ‘Pressure Reducing Valves’ (PRV) dengan penetapan dua tekanan di Lorong 7 dan 11 untuk mengurangkan tekanan air tinggi semasa waktu puncak permintaan.

“Untuk sementara waktu, tangki air akan diletak di beberapa tempat strategik di kawasan Taman Malihah untuk memenuhi keperluan segera,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selepas dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman mengenai kejadian paip pecah, Julaihi terus bergegas ke lokasi bagi meninjau kerja-kerja pembaikan.

Menurutnya lagi, bagi menyelesaikan masalah berkenaan, PRV yang sedia ada di saluran masuk menuju Taman Malihah akan dinaik taraf.

Penggantian semua paip lama sepanjang empat kilometer akan disegerakan menggunakan reka bentuk yang baru disiapkan.

Beliau berharap penyelesaian segera ini akan mengurangkan paip pecah dan seterusnya memberi bekalan air terawat yang lebih sempurna tanpa gangguan kepada penduduk Taman Malihah dan kawasan sekitar.

“Satu pelan jangka panjang sedang diambil untuk mengganti paip lama di seluruh Sarawak secara berperingkat-peringkat.

“Harap semua bersabar dan bekerjasama dengan usaha kami untuk menyelesai masalah sebegini yang penuh cabaran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan