Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
MO baharu penipuan telefon guna dokumen palsu ada logo, tandatangan polis. Gambar hiasan.

MO baharu penipuan telefon guna dokumen palsu ada logo, tandatangan polis

ByBernama

IPOH, 20 Jun: Memperdayakan mangsa dengan menghantar dokumen palsu menggunakan paparan waran tangkap atau notis kehadiran yang mempunyai logo polis, merupakan modus operandi terbaharu sindiket penipuan dalam talian yang dikesan.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya menerima dua laporan polis yang menggunakan modus operandi berkenaan, kononnya melibatkan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perlis.

Beliau berkata kes pertama melibatkan seorang peniaga kedai makan di Teluk Intan, yang ditipu kononnya waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya, namun ia tidak melibatkan kerugian apabila peniaga itu terus membuat laporan polis, manakala dalam kes kedua seorang pensyarah universiti menjadi mangsa, mengakibatkan beliau mengalami kerugian RM98,000.

Difahamkan kedua-dua kes berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata sepanjang tahun lepas 358 kes ‘phone scam’ telah dilaporkan, membabitkan kerugian berjumlah RM15,110,598.87, manakala bagi tempoh Januari hingga Mei lepas, 181 kes ‘phone scam’ disiasat melibatkan kerugian berjumlah RM8,088,363.49

Katanya antara modus operandi yang digunakan ialah menyamar sebagai pihak berkuasa, institusi kewangan, mahkamah, syarikat insurans dan syarikat penghantaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan