Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita yang juga kakitangan di sektor korporat di sini rugi lebih RM28,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai 'wakil' Pos Malaysia. Foto TVS

Lagi kejadian ditipu ‘scammer’ di Sibu

SIBU, 20 Jun: Seorang wanita yang juga kakitangan di sektor korporat di sini rugi lebih RM28,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai ‘wakil’ Pos Malaysia.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu menerima panggilan daripada ‘syarikat penghantaran’ yang memaklumkan dia telah melakukan pengiriman beberapa barang.

Kata beliau, mangsa didakwa mengirim bungkusan mengandungi kad pengenalan, kad kredit dan token bank.

“Panggilan kemudian disambung kepada polis. Mangsa dimaklumkan yang dia terlibat dengan kegiatan pemerdangan manusia dan penggubahan wang haram,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, mangsa seterusnya diarahkan untuk menekan satu pautan bagi mengisi maklumat peribadi serta perbankan.

“Disebabkan mangsa berasa takut, dia menurut semua arahan yang diberikan oleh suspek.

“Tiga hari kemudian, mangsa mendapati terdapat tiga transaksi pemindahan wang daripada akaunnya sebanyak RM28,000 ke akaun yang tidak dikenalinya,” katanya.

Beliau memberitahu, mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zulkipli turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah panik sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali mendakwa daripada kerajaan atau institusi kewangan.

“Sebarang maklumat boleh dirujuk kepada Pusat Fespons Scam Kebangsaan (NSRC),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan