Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu ketika ditemui pemberita selepas acara sambutan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Pasaraya Farley. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka terima sambutan meriah di Sibu

ByFebbright James

SIBU, 19 Jun: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu meluahkan rasa teruja berikutan sambutan meriah diberikan kepada rombongan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka.

Katanya, masyarakat pelbagai latar belakang juga sanggup meluangkan masa untuk menyertai pelbagai aktiviti termasuk pameran digital selain turut menunggu ketibaan pasukan konvoi di setiap lokasi.

Ujar Gerald, kunjungan konvoi ke rumah panjang dan kampung di lokasi yang disinggahi juga diterima dengan tangan terbuka oleh penduduk setempat.

“Selain itu saya juga dimaklumkan seramai 6,000 orang hadir ke pameran digital manakala 2,400 peserta menyertai larian Sarawak X-tive.

“Ini menunjukkan semangat rakyat Sarawak dalam memahami erti kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas acara sambutan konvoi berkenaan dan agihan bendera kepada orang ramai di Pasaraya Farley di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru supaya rakyat Sarawak terus menghayati dan menghargai pembangunan yang dinikmati kini.

“Projek terbesar kita ialah Lebuhraya Pan Borneo yang memudahkan pergerakan.

“Kita boleh pergi ke pelbagai daerah lain untuk melihat infrastruktur yang telah dibuat,” tambahnya.

Katanya, sambutan masyarakat setempat setakat ini menggalakkan bermula dari Lawas sehingga di Sibu.

Gerald turut berharap rakyat di bahagian seterusnya yang akan disinggahi oleh pasukan konvoi akan memberi sokongan yang baik juga selari dengan semangat ‘Segulai Sejalai’.

Untuk rekod, konvoi hari ini bermula dengan penyerahan bendera di Kompleks Islam menuju ke Pasar Sentral dan lokasi terakhir ialah di Pasaraya Farley.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan