Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video menunjukkan kapal selam OceanGate Expiditions. Foto: AFPTV

Kapal selam sertai ekspedisi Titanic hilang di pantai timur Kanada

ByBernama

OTTAWA, 20 Jun: Sebuah kapal selam kecil yang membawa pelancong ke lokasi kapal karam Titanic dilaporkan hilang di pantai timur Kanada pada Ahad, lapor Xinhua.

Kapal selam itu dilaporkan hilang sekitar 370 kilometer dari pantai Newfoundland Kanada, menurut laporan media.

Jumlah anak kapal masih belum dapat dipastikan manakala operasi menyelamat telah digerakkan bagi mengesan kapal selam itu.

Bangkai kapal Titanic berada dalam bidang kuasa armada Boston Pengawal Pantai Amerika Syarikat, meskipun ekspedisi itu bermula dari Kanada.

Ekspedisi itu dijalankan oleh OceanGate Expeditions, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kapal selam yang digelar Titan melakukan ekspedisi ke lokasi bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter.

Laman sesawang OceanGate sebelum ini menyiarkan iklan pelayaran tujuh malam ke Titanic dengan harga US$250,000 bagi setiap seorang, dengan wang itu akan digunakan untuk penyelidikan Titanic, lapor media tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan