Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menekankan indikator K mempunyai kepentingan dalam memastikan anak Sarawak dapat menikmati hak mereka sewajarnya. Foto: Zaim Zharfan

Indikator K antara fokus KPWK

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 20 Jun: Indikator K dalam kad pengenalan anak Sarawak kini menjadi fokus utama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK).

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, anak Sarawak layak mendapat indikator itu melalui Jadual Pertama dan Jadual 1A Sub Peraturan 5(2) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Kata beliau, pemberian status K itu berdasarkan kepada indikator serupa yang dimiliki oleh ibu bapa kandung.

“Bagi kes anak yang ditinggalkan atau ditempatkan di rumah kebajikan, kita tidak mengetahui ibu dan bapa kandungnya (namun) boleh memohon kewarganegaraan,” katanya.

Fatimah berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS) di sini hari ini.

Seramai 24 penerima dari Kuching dan Serian telah menerima DSITKS masing – masing.

Sementara itu, beliau memberitahu, ketiadaan indikator K boleh menimbulkan beberapa kesukaran seperti permohonan biasiswa.

“Seorang individu itu jika bukan orang Sarawak dan mencapai umur lebih daripada 21 tahun sekiranya hendak bekerja di sini, perlu mempunyai permit kerja, jadi timbul lagi satu masalah.

“Aspek pendidikan pula, jika ingin memohon biasiswa (atau pinjaman) Yayasan Sarawak, syaratnya mestilah anak Sarawak,” katanya.

Justeru kata beliau, kementeriannya dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berhubung permohonan SDITKS, Fatimah memberitahu, setakat 31 Mei 2023, sebanyak 608 permohonan telah diterima.

“Permohonan bagi kumpulan pertama, sebanyak 86 telah diluluskan dan telah disampaikan pada 24 Februari dan daripada jumlah itu, 11 orang telah menerima status kewarganegaraan.

“Bagi kumpulan kedua, sebanyak 60 permohonan. Kumpulan ketiga pada hujung bulan ini,” jelas beliau.

DSITKS merupakan dokumen sementara yang dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak dan sah digunakan selama dua tahun untuk memudahkan penerimanya terutamanya kanak-kanak mendapatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan