Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama.

Anwar yakin gabenor baharu BNM mampu teruskan monetari mampan, stabil

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour mampu meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil.

Perdana Menteri turut menaruh sepenuh kepercayaan kepada Shaik Abdul Rasheed dalam mendepani tantangan semasa lantas mencipta lonjakan yang baharu buat negara tercinta.

Shaik Abdul Rasheed bakal mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang dijadual menamatkan khidmatnya pada 30 Jun ini.

“Hari ini, saya telah mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour di pejabat.

“Saya menzahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada beliau dalam meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil, dan ia pastinya akan ditingkatkan agar kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar turut mengutuskan penghargaan kepada Nor Shamsiah atas jasa bakti beliau mengemudi BNM terutama ketika negara melalui saat-saat sukar dan getir sepanjang tempoh COVID-19 menyerang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan