Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama peserta Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi. Foto: Mohamed Raffiq.

Wujudkan ekosistem menyeluruh galakkan penanaman koko – Fadillah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 Jun: Kerajaan perlu mewujudkan satu ekosistem yang menyeluruh dalam usaha menjamin kelangsungan sektor koko negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, nilai rantaian industri itu termasuk aspek penanaman, penjualan, pemasaran dan produk akhir perlu dinilai secara keseluruhan.

“Cabaran dalam sektor perladangan, kita perlu mewujudkan ekosistem menyeluruh, maknanya hiliran, pertengahan dan huluan. Kita perlu melihat keseluruhan nilai rantaiannya kalau nak menggalakkan penanaman (koko).

“Di peringkat Lembaga Koko memang sudah ada tetapi bergantung ada yang minat atau tidak,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi di Pullman Hotel, hari ini.

Menurutnya, cabaran dalam sektor koko negara adalah seperti pengusaha yang mengejar pasaran yang lebih luas dengan memilih sektor yang membawa keuntungan lumayan.

Beliau menjelaskan pengusaha turut mengambil kira faktor kos pengambilan pekerja dalam mengusahakan komoditi tertentu.

“Kadang-kadang pengusaha kita lihat apa yang lebih mudah dan memberi tumpuan kepada apa yang ada di pasaran. Ada orang sekarang tidak lagi menanam kelapa sawit dan beralih kepada durian Musang King kerana pasaran yang lebih besar dan kos pekerja yang rendah,” katanya.

Oleh itu, kementeriannya telah melaksanakan Program Trek Komoditi bagi mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh dan pemain industri seperti pekebun kecil dan peladang selain memberi kesedaran tentang kepentingan amalan pertanian bermutu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan