Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Hajiji Noor ketika berucap pada majlis MOTAC Bersama Komuniti di Keningau, semalam. Foto: Pejabat Ketua Menteri Sabah

Sabah dijangka terima lebih 1.7 juta pelancong tahun ini

KOTA KINABALU, 19 Jun: Sabah dijangka menerima kedatangan pelancong lebih 1.7 juta menjelang akhir tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini seramai 782,899 pelancong memasuki negeri itu sejak Januari lepas berbanding tahun lepas 408,530 pengunjung.

Katanya daripada jumlah itu seramai 565,424 pelancong domestik dan 227,475 pelancong antarabangsa.

“Jumlah ini menjadi petanda baik kepada ekonomi Sabah dan kita mesti menambah lebih banyak penerbangan masuk ke negeri ini sekurang-kurangnya 100 penerbangan antarabangsa setiap minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Bersama Komuniti di Keningau, semalam.

Dalam pada itu, katanya Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus berusaha membangunkan industri pelancongan menerusi projek naik taraf fasiliti kawasan pelancongan bagi tujuan keselamatan pelancong.

“Kemudahan awam perlu dinaik taraf bagi menarik pelancong pada masa sama memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang berkunjung di negeri ini.

Hajiji berkata, usaha membangunkan industri pelancongan perlu diteruskan susulan pendapatan menerusi industri itu melonjak naik sejak Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

“Kota Belud dan Kiulu berjaya menarik lebih kurang 54,000 pelancong dan membuka sebanyak 300 peluang pekerjaan dan telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM5.45 juta”, katanya.

Manakala, projek pelancongan Kadamaian berjaya menjana RM2.57 juta dengan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 217,000 pengunjung.

“Maka dengan ini Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi membangunkan kawasan yang berpotensi dijadikan pusat pelancongan bukan sahaja di Keningau tetap di Nabawan, Tenom dan Tambunan”, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan