Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jejambat Nyabau Pakej Kontrak Kerja 10 Projek Lebuh Raya Pan Borneo dibuka tengah malam ini
Para pengguna Lebuhraya Pan Borneo digesa agar berhati-hati ketika memandu.

Pemanduan lancar di Pan Borneo tidak bermakna boleh pecut lebih had laju – Uggah

SARIKEI, 19 Jun: Aspek keselamatan sepanjang laluan Lebuhraya Pan Borneo terus menjadi keutamaan kerajaan ketika sebahagian besar pelaksanaan projek itu hampir siap sepenuhnya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha menambah baik kemudahan termasuk papan peringatan sedang dilaksanakan untuk memastikan orang ramai sentiasa berhati-hati dan tidak memandu secara melulu.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika melakukan tinjauan Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei. Foto: TVS.

Bagaimanapun katanya, sikap dan mentaliti masyarakat juga perlu berubah sejajar dengan kemajuan dan perkembangan positif projek berkenaan.

“Saya menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu di lebuh raya ini, keselamatan adalah sangat penting.

“Patuhilah had laju yang ditetapkan walaupun pemanduan lebih lancar berbanding sebelum ini,” katanya kepada media selepas meninjau pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan ujar beliau, kerajaan melalui kementerian pengangkutan jalan juga akan memberi penerangan kepada komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap aspek keselamatan.

Pada masa yang sama ujarnya, pihak kontraktor perlu memastikan aspek berkaitan keselamatan terus diberi keutamaan khususnya di kawasan yang belum siap sepenuhnya.

“Keutamaan kita adalah untuk mengelak kemalangan. Justeru, sistem amaran juga amat penting terutama di kawasan yang belum siap. Kadang-kadang kalau malam, gelap tidak nampak, saya harap isu ini dapat diselesaikan.

“Pada peringkat awal perkara ini dilakukan dengan sangat baik, tetapi perlu diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya sambil menggesa kerjasama penduduk agar tidak memindah atau mengalih komponen binaan projek untuk keselamatan semua pihak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan